fbpx

Sukan air Kuala Kangsar batal jika sungai dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohammad Nizar (dua dari kanan) menjawab pertanyaan pemberita berkenaan status terkini empangan-empangan utama di Perak, di Ipoh hari ini.

IPOH – Ketidaktentuan cuaca yang berisiko mempengaruhi paras air Sungai Perak dilihat boleh menjadi penyebab penganjuran Pesta Sukan Air Kuala Kangsar 2024 pada 26 dan 27 Oktober ini ditangguhkan.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perkara itu bakal ditentukan oleh jawatankuasa penganjur yang akan mendapat syor daripada agensi-agensi berkaitan.

“Keputusan penangguhan itu mesti ada nasihat daripada pihak yang menganggotai jawatankuasa penganjur. Mungkin dalam jawatankuasa itu ada agensi yang membentangkan maklumat terkini tentang ramalan cuaca pada tarikh tersebut, termasuk sebarang penangguhan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setakat pukul 1 petang ini tiada lagi kenyataan rasmi berhubung penangguhan yang dibuat oleh pihak penganjur susulan bencana banjir yang melanda beberapa kawasan di Perak termasuk Kuala Kangsar sejak minggu lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI