fbpx

SMK Lawas terbakar, baik pulih akan dipercepatkan – Fadhlina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blok menempatkan pejabat pentadbiran SMK Lawas terbakar malam tadi.

PETALING JAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) akan mempercepatkan usaha baik pulih Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas, Sarawak yang terlibat dalam kebakaran malam tadi.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia bagi memastikan segala urusan pentadbiran dan pendidikan di sekolah berkenaan dapat kembali beroperasi seperti sediakala.

“Semoga segala urusan dipermudahkan demi kesejahteraan pelajar dan warga sekolah SMK Lawas,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Fadhlina berita, tragedi kebakaran yang berlaku di SMK Lawas mengakibatkan kerosakan teruk pada blok pejabat pentadbiran sekolah tersebut.

Kata beliau, insiden itu memberi kesan yang mendalam bukan sahaja kepada warga sekolah, tetapi juga terhadap seluruh komuniti di Lawas.

Menurut beliau, sejurus selepas kejadian, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah bertindak pantas menggerakkan langkah-langkah kecemasan yang sewajarnya.

“Fokus utama kami memastikan keselamatan semua yang terlibat serta memulihkan segera bangunan yang rosak supaya proses pembelajaran dapat diteruskan tanpa gangguan berpanjangan,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan dua blok bangunan SMK Lawas musnah dalam kebakaran tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.36 malam.

Pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas digerakkan ke lokasi bagi memadamkan kebakaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI