fbpx

Rumah kedai hampir musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah kedai terbakar 80 peratus dalam kejadian tengah hari tadi. Foto oleh JBPM

GOMBAK – Sebuah rumah kedai di Taman Perindustrian Integrasi Rawang, di sini, hampir musnah dalam kebakaran tengah hari tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan kecemasan diterima pukul 1.45 tengah hari.

Katanya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dikerahkan ke lokasi.

“Kebakaran melibatkan sebuah rumah kedai terbakar di tingkat atas dan anggaran kemusnahan adalah 80 peratus

“Bagaimanapun, tiada mangsa terlibat dalam kejadian ini,” jelasnya.

Pasukan bomba giat memadamkan kebakaran melibatkan sebuah rumah di Bangi petang tadi.

Dalam perkembangan lain, sebuah rumah teres dua tingkat di Seksyen 15, Bangi, Selangor terbakar 20 peratus di bahagian balkoni dalam kejadian petang tadi.

Operasi berjaya dikawal pada pukul 2.32 petang oleh pasukan BBP Bangi dan BBP Kajang.

Katanya, tiada kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI