fbpx

Rosman kemudi skuad beregu wanita kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROSMAN (kiri) kembali ke pangkuan BAM selepas dilantik sebagai ketua jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan.

KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai siapakah ketua jurulatih skuad beregu wanita kebangsaan akhirnya terjawab selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan kepulangan Rosman Razak bagi menggalas jawatan tersebut.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan badan induk sukan badminton negara itu hari ini, pakar beregu berpengalaman luas itu akan memulakan tugasnya di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara 5 November depan.

Pelantikan itu dilihat tepat memandangkan Rosman memiliki pengalaman hampir dua dekad membimbing pemain beregu dan kepulangannya amat dialu-alukan BAM.

“Saya berasa bangga dapat kembali ke BAM dan teruja untuk menghadapi cabaran ini. Skuad beregu wanita mempunyai potensi cukup besar dan saya harap dapat meningkatkan lagi kemajuan yang sudah dicapai,” kata Rosman.

Beliau akan bekerjasama dengan Pengarah Kejurulatihan ABM, Rexy Mainaky dan dibantu jurulatih pasukan senior, Ching Kai Feng serta jurulatih pasukan remaja, Amelia Anscelly dalam usaha mengukuhkan skuad beregu wanita negara.

Sebagai rekod, Rosman merupakan individu bertanggungjawab menggandingkan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah yang kini berada dalam kelompok 10 gandingan terbaik dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI