KUCHING – Seorang remaja lelaki meninggal dunia meskipun pada awalnya berjaya diselamatkan menerusi bantuan pernafasan (CPR) selepas lemas ketika mandi di kolam renang sebuah kondominium di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa yang berusia 19 tahun itu disahkan meninggal dunia pada pukul 9.30 malam semasa menerima rawatan di Zon Merah, Hospital Umum Sarawak (HUS).
Katanya, polis menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 7.59 malam melibatkan dua orang disyaki lemas di dalam kolam renang sebuah kondominium.
“Seorang lagi mangsa yang berusia 32 tahun dapat diselamatkan dan menerima rawatan di Zon Kuning, HUS,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE