fbpx

Rafizi ke Russia sempena Sidang Kemuncak BRICS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rafizi.

PETALING JAYA – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan mengadakan Lawatan Kerja ke Kazan, Russia pada 23 dan ini sempena Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus.

Menurut beliau, sidang kemuncak bertemakan ‘BRICS dan Selatan Global: Bersama-sama Membangun Dunia yang Lebih Baik’ itu diadakan susulan Sidang Kemuncak BRICS ke-16.

Kata beliau, persidangan itu menghimpunkan ketua negara dan kerajaan serta menteri-menteri daripada sembilan negara anggota BRICS bersama wakil-wakil dari 20 negara jemputan bukan BRICS.

“Saya dijadualkan menyampaikan Kenyataan Negara Malaysia pada 24 Oktober 2024.

“Kenyataan tersebut akan menekankan isu-isu kritikal untuk Selatan Global, termasuk pembangunan mampan, pembaharuan sistem tadbir urus global, dan situasi geopolitik yang sedang berkembang di Timur Tengah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Rafizi berkata, menerusi penglibatan aktif dalam Sidang Kemuncak BRICS Outreach/BRICS Plus, Malaysia mengukuhkan komitmen untuk memperdalam hubungan dengan negara-negara BRICS dan menghadapi landskap ekonomi global yang kompleks dengan penuh ketahanan.

Ujar beliau, lawatan itu juga menyediakan platform strategik bukan sahaja untuk meneroka potensi peranan Malaysia dalam BRICS, tetapi memperjuangkan kerjasama ekonomi, memupuk kemakmuran dan menggalakkan pembangunan inklusif bagi Selatan Global. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI