fbpx

Piala Emas Raja-Raja perlu dalam kalendar FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ALI Mohd. Rustam (dua dari kanan) menerima jersi disampaikan Presiden PBMM, Mohd. Firdaus Mohamed (dua dari kiri) pada majlis jamuan makan malam meraikan pasukan bertanding dalam PERR 2024 di Istana Melaka, Bukit Beruang, Melaka. - AMRAN MULUP

MELAKA – Kejohanan Piala Emas Raja-Raja (PERR) perlu dimasukkan dalam kalendar tahunan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menarik penaja dan peminat memeriahkan pertandingan kedua tertua selepas Piala Malaysia.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM), Datuk Ramlan Askolani berkata, ketiadaan PERR dalam kalendar tahunan FAM menyebabkan kejohanan yang bermula pada 1922 itu bertembung dengan jadual Liga Super, Piala FA dan Liga Perdana.

Menurutnya, pertembungan dengan aksi dalam Liga Malaysia menyebabkan PERR kurang mendapat publisiti hingga menjejaskan kehadiran penonton setiap kali berlangsungnya kejohanan tersebut.

“Kerjasama dengan FAM amat penting untuk mengembalikan kehebatan PERR. Kita tidak mahu FAM hanya mengiktiraf kejohanan yang dianjurkan PBMM. Tetapi kalau boleh dimasukkan dalam kalendar tahunan FAM, ini bermakna PERR akan diadakan selepas tamat saingan Piala Malaysia yang juga penutup tirai Liga Malaysia.

“Secara tidak langsung tumpuan peminat terhadap PERR selepas berakhirnya saingan Liga Malaysia ini dapat menarik minat ramai penonton datang ke stadium,” katanya ketika ditemui pada majlis makan malam dianjurkan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Ali Mohd. Rustam di Istana Melaka di sini, semalam.

Legenda bola sepak negara itu juga berpendapat PBMM membuat banyak perubahan sepanjang tempoh usia 102 kejohanan itu diadakan termasuk menetapkan had usia bawah 25 tahun dibenarkan bermain bagi memperbanyakkan bakat muda.

Berkaitan kejohanan edisi ke-102 di Melaka, beliau berkata, buat pertama kali ia diadakan secara karnival bagi menyokong kempen Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Selepas ini kejohanan akan kembali mengikut format asal mengikut empat zon iaitu utara, timur, tengah dan selatan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN