fbpx

Penjaga lembu dipenjara tiga tahun noda teman wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERTUDUH, diringi anggota polis ketika tiba di Mahkamah Seremban di sini, hari ini.

SEREMBAN – Seorang penjaga lembu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Sesyen Seremban di sini, hari ini mendapatinya bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Amran anak kepada Yap 24, selepas tiga pertuduhan dibacakan kepadanya.

Mahkamah juga memerintahkan hukuman ke atas kesemua pertuduhan terbabit berjalan serentak dan berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu 17 Oktober 2024.

“Setelah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh di peringkat awal dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dan juga tertuduh mengenali mangsa serta merupakan pesalah pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas tertuduh dari tarikh tangkapan,”kata Surita.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah merogol seorang kanak-kanak perempuan yang pada waktu ketika itu berusia 14 tahun sebulan pada 14 dan 15 Oktober lalu.

Sementara itu, berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian mangsa telah ke rumah suspek iaitu tertuduh dengan alasan suspek mahu membawa mangsa berjumpa ibunya, namun ibunya tiada di rumah sebelum mangsa dirogol sebanyak tiga kali. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI