fbpx

Penganggur diberkas selepas tujuh jam samun hotel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebarangan barangan yang dirampas daripada seorang penganggur disyaki menyamun kakitangan sebuah hotel di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang penganggur yang disyaki menyamun sebuah hotel di bandar raya ini tidak sempat berjoli wang tunai berjumlah RM6,600 disamunnya apabila dia diberkas polis kira-kira tujuh jam kemudian di Marang hari ini.

Lelaki berusia 24 tahun itu yang disyaki menyamun dengan bersenjatakan sebilah parang tersebut ditahan pada pukul 11 pagi.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, siasatan awal percaya suspek telah menyamun kakitangan hotel tersebut pada pukul 4.20 pagi.

“Suspek dikatakan menyamun hotel sama buat kali kedua. Kejadian pertama dilaporkan pada bulan lalu.

“Pemeriksaan sewaktu dia ditahan juga menjumpai wang tunai berjumlah RM5,180 dipercayai hasil samun terbabit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, sebahagian baki wang yang disamun disyaki telah didepositkan lelaki itu ke dalam akaun bank berdasarkan penemuan resit mesin deposit tunai sewaktu serbuan dilakukan.

Beliau berkata, serbuan juga berjaya merampas sebilah parang, sebuah motosikal dan topi keledar yang dipercayai digunakan dalam aktiviti jenayah berkenaan.

“Suspek akan dibawa ke mahkamah esok bagi permohonan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI