fbpx

Pegawai Khas MB Kedah, peniaga sudah berdamai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar satu klip video di TikTok menunjukkan Salmy Anas berdamai dengan peniaga selepas berlaku perselisihan faham antara mereka kelmarin.

ALOR SETAR – Pegawai Khas Menteri Besar, Salmy Anas Ahmad sudah berdamai dengan peniaga yang didakwa terlibat dalam pertikaian seperti yang tular di media sosial, semalam.

Menerusi satu klip video di TikTok, kedua-dua individu terbabit dilihat saling bersalaman dan berpelukan sambil disaksikan orang ramai yang memuji tindakan kedua-duanya untuk berdamai.

Salmy ketika dihubungi berkata, mereka bertemu di sebuah warung di Alor Setar kira-kira pukul 11 malam tadi.

“Sebenarnya antara saya dengan individu berkenaan tak ada apa-apa isu pun. Kami sudah kenal lebih setahun lalu dan hubungan saya dengan beberapa peniaga di situ sudah ibarat keluarga.

“Kalau tahu bagaimana hubungan kami, memang seronok kisahnya kerana kami macam adik-beradik. Saya selalu ke kedainya sebelum ini dan dia pun selalu menyambut dengan mesra.

“Cumanya pada malam itu entah bagaimana, berlaku kejadian sedemikian. Apabila kami bertemu semalam, masing-masing berdamai dan bermaafan,” katanya.

Mengenai penularan video melibatkan kejadian itu, Salmy berkata, individu yang membuat laporan polis itu bukanlah orang yang dilihat berbalah dan mencekak bajunya dalam kejadian tersebut.

“Sebaliknya laporan itu dibuat oleh orang yang tiada kena-mengena dengan kejadian dan bukan individu yang dilihat memarahi saya dalam video berkenaan.

“Saya difahamkan orang yang membuat laporan polis itu masih belum menarik laporan dan disebabkan itu, saya juga tidak menarik laporan polis yang dibuat semalam,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI