fbpx

PBB rayu selamatkan bot bawa 100 pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELARIAN Rohingya di atas sebuah bot menunggu untuk ditunda lebih dekat ke pantai di perairan Labuhan Haji di wilayah Aceh Selatan semalam. – AFP

JAKARTA – Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) merayu Jakarta  menyelamatkan sebuah bot sarat membawa lebih 100 pelarian Rohingya termasuk wanita dan kanak-kanak yang berlabuh di perairan barat Indonesia.

Etnik minoriti Islam Rohingya ditindas dengan teruk di Myanmar, manakala beribu-ribu penduduk berkenaan mempertaruhkan nyawa setiap tahun mengharungi perjalanan laut yang panjang dan berbahaya untuk cuba sampai ke Malaysia atau Indonesia.

Bot dipercayai memuatkan lebih 100 pelarian Rohingya  itu berlabuh sekitar 6 kilometer di luar pantai Aceh, namun semalam, sebuah bot bantuan menundanya pada jarak lebih dekat iaitu  1.6 kilometer dari pantai.

“UNHCR merayu pihak berkuasa (Indonesia)  memastikan penyelamatan di laut dan pendaratan selamat buat kumpulan terdesak ini.

“UNHCR dan rakan-rakan kongsinya  bersedia menyokong dan memberikan bantuan yang amat diperlukan oleh mereka,” kata pegawai UNHCR di Indonesia, Faisal Rahman dalam satu kenyataan lewat semalam.

Lima pelarian Rohingya itu  dipindahkan pada Khamis lepas untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital tempatan.

Sekurang-kurangnya seorang pelarian Rohingya meninggal dunia semasa berada di atas bot tersebut, demikian menurut pegawai tempatan di Aceh Selatan, Yuhelmi.

Faisal pula berkata, rundingan antara kerajaan Indonesia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) mengenai isu tersebut sedang berjalan.

Indonesia bukan penandatangan konvensyen pelarian PBB dan berkata, ia tidak boleh dipaksa untuk menerima pelarian dari Myanmar, sebaliknya menyeru negara-negara  jiran supaya berkongsi beban dan menempatkan semula etnik Rohingya yang tiba di pantainya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI