fbpx

‘Nanti berebut dengan makcik’, majlis kahwin sedia ‘doorgift’ sayur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan tetamu undangan memilih sayur-sayuran yang sesuai dengan keinginan mereka,. - TikTok

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Cianjur, wilayah Jawa Barat tular kerana memberikan buah tangan unik berupa sayur-sayuran kepada tetamu, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @pasutrigenz24, tetamu dilihat memilih seberapa banyak sayur yang mereka suka. 

Pelbagai jenis sayuran segar disediakan termasuk cili merah, sawi, buah tomato, labu, terung, kacang panjang, kubis dan lain-lain. 

Lebih menarik apabila pengurusan majlis itu turut menyediakan beg plastik kepada tetamu yang hadir. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan di laman sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen. 

“Puas hati dapat ‘doorgift’ seperti ini!” puji seorang netizen. 

“Tidak disarankan bagi majlis yang diadakan di kampung, nanti berebut dengan makcik,” komen netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI