fbpx

Mayat wanita misteri tiba-tiba muncul dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat Boonthita (dalam bulatan) ditemui dalam keadaan duduk di tempat duduk belakang kereta Nantawadee. - MGR Online

BANGKOK – Seorang jururawat sebuah hospital kerajaan di wilayah Sisaket terkejut apabila menemui mayat wanita tidak dikenali berada di tempat duduk belakang keretanya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Nantawadee Khunwatee melaporkan penemuan mayat itu kepada Balai Polis Mueang Sisaket kira-kira pukul 6 petang (waktu tempatan) semalam.

Ketika kejadian, dia baru sahaja menamatkan syif bekerja di Hospital Sisaket.

Ketika memasuki keretanya yang diparkir di luar hospital berkenaan, Nantawadee terkejut apabila melihat terdapat wanita yang sudah tidak bernyawa ‘duduk’ di tempat duduk belakang.

Menurutnya, dia tidak mengenali wanita tersebut dan turut mengunci kenderaannya sebelum memulakan syif bekerja pada waktu pagi.

Hasil siasatan polis mengenal pasti mayat itu sebagai wanita berusia 53 tahun bernama Boonthita Sirikul.

Mangsa berada dalam senarai orang hilang yang dilaporkan oleh keluarganya pada hari sama.

Menurut salah seorang ahli keluarga mangsa, pada hari kejadian, mangsa dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kerana menghidap keadaan atrofi otak selama dua tahun.

Mangsa dibiarkan bersendirian ketika ahli keluarganya menggunakan tandas dan sejurus kembali, dia sudah hilang.

Keluarga Boonthita menolak kemungkinan adanya unsur jenayah dalam insiden itu dan menolak untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat wanita tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI