fbpx

Majistret arah tertuduh dibawa keluar selepas buat bising, lempar kata kesat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Majistret George Town, hari ini. Foto oleh IQBAL HAMDAN/ KOSMO!

GEORGE TOWN – Seorang juruelektrik diarah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas didapati mengeluarkan kata-kata kesat dan membuat bising ketika prosiding berlangsung.

Mohd. Hafiz Abidin, 38, sebelum itu didakwa di mahkamah terbabit atas dua pertuduhan menumbuk cermin sebuah kereta jenis Honda BRV serta menumbuk muka seorang lelaki, pada 12 September dan 17 Oktober lalu.

Dia mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan tersebut dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Nadratun Naim Mohd. Saidi.

Mengikut pertuduhan pertama, Mohd. Hafiz didakwa telah melakukan perbuatan khianat dengan menumbuk cermin sebuah kereta jenis Honda BRV sehingga mengakibatkan pemiliknya rugi RM1570.50.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua, Mohd. Hafiz didakwa mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki berusia 35 tahun dengan menumbuk di bahagian muka lelaki itu.

Majistret kemudian menetapkan jaminan berjumlah RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin serta tertuduh tidak dibenarkan mengganggu saksi sepanjang kes berlangsung.

Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kedua-dua kes pada 21 November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI