PUTRAJAYA – Logo dan tema Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dilancarkan secara rasmi, hari ini.
Ia dilancarkan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan di bangunan Wisma Putra, di sini selain turut disaksikan wakil negara-negara ASEAN dan duta-duta asing.
Bunga raya dipilih sebagai watak utama logo berkenaan dengan empat warna mengelilinginya pula mewakili 10 negara ASEAN, manakala temanya pula adalah ‘Keterangkuman dan Kemampanan’.
Mohamad pada sidang akhbar berkata, walaupun logo dan tema itu telah diketahui ramai ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima mandat Pengerusi ASEAN 2025 di Vientiane, Laos pada 11 Oktober lalu namun, secara rasmi ia dilancar hari ini.
“Bunga raya mempunyai signifikan kepada rantau Asia Tenggara dan ia boleh didapati di kebanyakan negara-negara ASEAN, manakala empat warna iaitu merah, putih, kuning dan biru pula mewakili negara-negara ASEAN.
“Logo itu juga menggambarkan betapa keperluan untuk kita (ASEAN) terus bersama dan jangan ada terpikat degan usaha memecahbelahkan kumpulan ini,” katanya.
Katanya, sebagai Pengerusi ASEAN 2025, tugas Malaysia adalah memastikan kesatuan ASEAN ni dapat dikekalkan sebagai mana ia dibentuk sejak 1967 tahun lalu. – KOSMO! ONLINE