fbpx

Lelaki cekik kekasih gelap bimbang rahsia diketahui isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ditahan dan mengaku membunuh mangsa. - Matichon

BANGKOK – Seorang lelaki ditahan selepas mengaku membunuh dan membuang mayat kekasih gelapnya bagi mengelakkan hubungan sulit mereka daripada diketahui isterinya, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Penduduk daerah Lansak, wilayah Uthai Thani menemui mayat mangsa di tepi jalan dekat sebuah kebun ibu kayu kelmarin.

Kesan pada lehernya menunjukkan bahawa mangsa dicekik, selain kaki dan tangannya turut diikat.

Penduduk tempatan dilaporkan melihat seorang lelaki memandu sebuah van bersama mangsa di sekitar kawasan itu, menyebabkan suspek berjaya ditangkap.

Pegawa-pegawai polis menahan Sangwian Rodchan, 52, di sebuah bilik sewa di Bangkok pada hari sama sebelum dia mengaku membunuh mangsa.

Menurut suspek, mangsa ialah teman wanitanya yang berasal dari Laos.

Ujarnya, dia membunuh mangsa selepas diugut untuk mendedahkan hubungan sulit mereka kepada isterinya.

Berang dengan ugutan mangsa untuk berhadapan dengan isterinya, suspek membunuh mangsa dengan mencekik lehernya ketika mereka bertengkar.

Suspek didakwa dengan tuduhan membunuh dan berdepan hukuman mati, penjara seumur hidup atau penjara 15 hingga 20 tahun.

Sementara itu, isteri suspek dilaporkan hanya mengetahui mengenai hubungan sulit suaminya pada hari lelaki tersebut ditangkap. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI