fbpx

Korea Selatan mahu askar Korea Utara tinggalkan Russia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hong-kyun (kanan) bercakap dengan duta Rusia ke Korea Selatan Zinoviev (kiri) di Kementerian Luar Korea Selatan di Seoul selepas Duta Russia itu dipanggil kelmarin. - AFP

SEOUL  – Korea Selatan memanggil duta Moscow ke Seoul bagi mendesak pengunduran segera tentera Korea Utara yang dilaporkan sedang berlatih di Russia untuk menyertai perang Ukraine, lapor Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) semalam.

Kira-kira 1,500 askar Korea Utara termasuk daripada pasukan khas telah pun tiba di Russia, demikian menurut agensi perisikan  Seoul.

Dalam pertemuan dengan Duta Russia ke Korea Selatan, Georgiy Zinoviev, Naib Menteri Luar Korea Selatan, Kim Hong-kyun mengecam tindakan tersebut. Beliau memberi amaran bahawa Seoul akan bertindak balas dengan semua langkah yang ada.

Zinoviev pula berkata, beliau akan menyampaikan kebimbangan itu, namun menegaskan bahawa kerjasama antara Moscow dan Pyongyang adalah ‘dalam rangka kerja undang-undang antarabangsa’.

Tidak jelas jenis kerjasama yang dimaksudkan beliau, namun Zinoviev tidak mengesahkan atau menafikan dakwaan bahawa Korea Utara telah menghantar tentera untuk berperang di sisi askar Russia.

Sementara itu, jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov memberitahu wartawan semalam bahawa kerjasama antara Moscow dan Pyongyang ‘tiada kaitan dengan negara pihak ketiga’.

Tambahnya, perkara itu tidak sepatutnya membimbangkan sesiapa, demikian menurut  agensi berita TASS.

Pyongyang pula menafikan menghantar pasukan tentera ke Russia bagi tujuan itu sekali gus menyangkal dakwaan Seoul.

Laporan media Korea Selatan menyebut bahawa seramai 12,000 askar Korea Utara dijangka dikerah ke Russia untuk membantu Kremlin dalam perang menentang Ukraine.

“Tindakan Pyongyang bukan sahaja mengancam Korea Selatan tetapi juga masyarakat antarabangsa,” kata Hong-kyun kelmarin. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI