fbpx

Kematian Liam Payne, mimpi ngeri Cheryl Cole

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI Cheryl Colea menjadi insan paling terkesan dengan kematian Liam Payne.

KEMATIAN bekas anggota kumpulan One Direction, Liam Payne memberi kejutan buat peminat di seluruh dunia.

Selain keluarga Payne, penyanyi Cheryl Cole menjadi antara individu paling terkesan dengan khabar duka itu.

Menurut sumber, Cole berasa sedih kerana anak lelaki mereka yang kini berusia tujuh tahun iaitu Bear membesar tanpa bapa.

“Cole berasa sangat sedih terutama apabila mengingati semula kenangan bersama Payne. Berita sedih itu seperti satu mimpi yang menakutkan buatnya.

“Bukan saja Payne, tetapi kematian teman baiknya sebelum ini iaitu pemain bola sepak, John Courtney yang meninggal dunia akibat penyalahgunaan dadah membuatkan dia berjanji untuk tidak terlibat dengan dadah,” jelas sumber.

Perkara itu lebih memberi kesan kepada Cole apabila kematian Payne dikaitkan dengan dadah selepas pihak polis menemui bahan narkotik dalam bilik hotel di tempat kejadian di Buenos Aires, Argentina.

Biarpun Payne dilihat jarang menghabiskan masa dengan Bear, namun sumber terdekat Cole percaya mendiang berusaha untuk memperbaiki kehidupannya yang bergelut dengan kesihatan mental dan fizikal.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI