fbpx

Kanye West didakwa lakukan jenayah seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANYE WEST

BEKAS pembantu Kanye West iaitu Lauren Pisciotta mendakwa pernah menjadi mangsa serangan seksual membabitkan penyanyi itu sebelum ini.

Berdasarkan tuntutan yang dibuat, Pisciotta yang juga pempengaruh mendakwa, West melakukan perbuatan terkutuk itu beberapa kali sepanjang tempoh perkhidmatannya dari 2021 hingga 2022.

Pisciotta turut mendedahkan pernah menjadi mangsa serangan seksual dan rogol apabila dipaksa meneguk minuman diberikan West sewaktu menghadiri parti yang dihoskan oleh P. Diddy.

Memetik Daily Mail, Pisciotta mendakwa telah diberikan minuman yang bercampur dengan dadah sehingga mengakibatkan dia pengsan.

“Dia mula berasa pening dan sukar untuk mengawal dirinya. Kejadian itu juga membuatkan dia tidak mengingati perkara yang berlaku pada hari itu,” katanya.

Pada masa sama, wanita itu turut mendakwa pernah hampir dirogol oleh West beberapa kali.

Bagaimanapun pelantun lagu Heartless itu menafikan dakwaan tersebut dan menuduh Pisciotta cuba untuk memeras ugut dirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI