fbpx

Hoki SOJC: Malaysia tewas lagi 2-4 di tangan India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN Young Tigers, Osman Harris diraikan rakan sepasukan apabila menjaringkan gol pada Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor menentang India di Stadium Johor, Taman Daya, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

JOHOR BAHRU – Skuad hoki remaja kebangsaan terus gagal mengutip sebarang mata dalam kempen Piala Sultan Johor (SOJC) 2024 apabila tewas kepada India dengan keputusan 2-4 dalam perlawanan ketiga.

Malaysia terlepas peluang mendahului permainan apabila dua pukulan sudut penalti masing-masing pada suku kedua dan ketiga gagal disempurnakan.

India pula terus mengasak sebelum berjaya mendahului 3-2 menerusi percubaan Talem Priyobarta pada minit ke-39.

Pasukan pelawat terus menambah bilangan jaringan menerusi pukulan sudut penalti oleh Rohit pada minit ke-40 menjadikan kedudukan 4-2.

Perlawanan suku akhir kelihatan seimbang apabila kedua-dua pasukan membuat asakan demi asakan sehingga berjaya mendapat pukulan sudut penalti masing-masing, namun kedudukan itu terikat sehingga tamat masa penuh perlawanan.

Keputusan itu menyaksikan India terus menerajui kedudukan enam pasukan bertanding dengan sembilan mata daripada tiga perlawanan, manakala Malaysia berada di kedudukan terbawah tanpa sebarang pungutan mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI