fbpx

Gegaran, dentuman kuat di Ipoh tiada kaitan pesawat pejuang TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gegaran tersebut turut dirasai pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menafikan dakwaan bunyi dentuman kuat di sekitar daerah Ipoh, Perak disebabkan ledakan sonik atau ‘sonic boom’ pesawat pejuang miliknya.

Bahagian Perhubungan Awam TUDM dalam kenyataan berkata, tiada sebarang penerbangan pesawat pejuang TUDM yang dilaksanakan di sekitar kawasan tersebut pada masa kejadian.

Tambahnya, ia termasuk dakwaan kejadian pesawat asing yang dikatakan menceroboh ruang udara negara.

“Pihak TUDM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan siasatan dan mengenal pasti punca sebenar kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, gegaran diikuti bunyi dentuman kuat mengejutkan penduduk di Ipoh, Perak yang mana rata-rata mereka menyangka ia berpunca daripada aktiviti letupan di tapak kuari.

Tinjauan di media sosial mendapati gegaran turut dirasai di beberapa kawasan termasuk Tasek, Stadium Perak, Manjoi, Meru, Falim, Bercham dan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Terowong Menora.

Polis turut memaklumkan gegaran kuat diikuti bunyi dentuman yang mencetuskan panik dalam kalangan penduduk di Ipoh dan kawasan berdekatan tidak mempunyai kaitan dengan kejadian gempa bumi

Semakan dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) juga mendapati tiada letupan dijalankan di kuari sebelum pukul 12 tengah hari.

Selain itu, Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara turut memaklumkan tiada latihan berkaitan letupan dijalankan hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI