fbpx

Fattah Amin infak komisen jualan kambing bernilai RM90,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fattah enggan mengambil wang komisen hasil daripada jualan daging kambing yang dilakukannya bersama sebuah jenama daging perap, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Pelakon sensasi, Fattah Amin enggan mengambil wang komisen hasil daripada jualan daging kambing yang dilakukannya bersama sebuah jenama daging perap terkenal baru-baru ini.

Menerusi perkongsian dalam akaun rasmi Instagram jenama tersebut, mereka mendedahkan mesej perbualan bersama Fattah tentang pengagihan wang komisen yang dikatakan bernilai RM90,000.

Sewaktu ditanya pada akaun mana yang harus dimasukkan wang komisen tersebut, Fattah meminta supaya wang tersebut diuruskan oleh jenama berkenaan untuk diinfakkan.

“Alhamdulillah. Terima kasih bos. Cuma saya nak minta tolong urusan wang komisen tersebut boleh? Infak kepada orang yang memerlukan,” tulis Fattah dalam mesej tersebut.

Sementara itu pemilik jenama daging tersebut meluahkan rasa kecewa kerana Fattah enggan menerima wang komisen daripadanya.

“Kecewa dengan tindakan Fattah Amin. Kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil 1 sen pun atas hasil penat lelah menjual kambing.

“Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan. Kami minta izin untuk kongsi supaya dijadikan inspirasi buat rakyat Malaysia.

“Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Moga dibalas segala kebaikkan Fattah Amin,” tulis mereka di bahagian kapsyen hantaran tersebut.

Minggu lalu Fattah telah muncul dalam sesi siaran langsung jenama daging tersebut untuk mempromosikan pek promosi mereka.

Sesi siaran langsung selama tiga jam tersebut telah meraih jumlah tontonan sebanyak 100,000 dan lebih 44 juta tanda suka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI