fbpx

Empat ditahan bantu siasatan kes bunuh di Tapah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

TAPAH – Empat suspek ditahan polis bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang lelaki India berumur 34 tahun dan mendatangkan kecederaan kepada seorang lelaki di sebuah rumah kongsi di Bidor di sini kira-kira pukul 2.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd. Naim Asmawi berkata, susulan kes tersebut empat suspek iaitu dua warga tempatan berusia 33 dan 44 tahun serta dua warga Myanmar berusia 28 dan 37 tahun ditahan semalam dan hari ini bagi membantu siasatan.

“Polis menerima laporan daripada seorang perempuan India semalam yang menyatakan berlaku pergaduhan melibatkan suaminya dengan seorang suspek.

“Suami pengadu mendapat rawatan di Hospital Tapah selepas dipukul di bahagian kepala oleh suspek dengan menggunakan tukul besi. Sebaik sahaja kembali ke rumah kongsi selepas mendapat rawatan didapati adik ipar mangsa telah terbaring di luar rumah dalam keadaan tidak bernafas disyaki telah meninggal dunia. Punca dan motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya di sini hari ini.

Katanya lagi, pada semalam dan hari ini empat suspek telah ditahan bagi membantu siasatan iaitu dua lelaki warga asing yang merupakan pekerja kilang dan menetap di rumah kongsi itu.

“Dua lelaki warga tempatan merupakan suspek utama turut ditahan. Semua mereka ditahan reman selama tujuh hari,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI