fbpx

Dua lelaki kebas duit tabung, CCTV masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zamry (tengah) menunjukkan bahan bukti dalam kes pecah tabung dan curi CCTV di Masjid Kampung Bukit Keledang, Segamat.

SEGAMAT – Dua lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah, curi duit tabung serta melarikan televisyen litar tertutup (CCTV) Masjid Kampung Bukit Keledang dengan berjalan kaki di sini, malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, siasatan awal mendapati, kedua-dua suspek berusia 30 dan 31 tahun itu mengaku melakukan aktiviti mencuri duit tabung sebanyak RM200.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan di rumah mereka di sekitar Bukit Keledang awal pagi kelmarin.

“Kejadian terbabit disedari seorang bendahari masjid yang terlihat kedudukan tabung diletakkan pada pintu masuk di masjid berkenaan berubah dan dirosakkan sejurus tiba kira-kira pukul 6 pagi hari kejadian.

“Lelaki itu kemudian memeriksa dan mendapati peti tabung terbabit terkopak selain tiada wang di dalamnya.

“Dia kemudiannya cuba membuat semakan melalui CCTV, namun CCTV turut hilang dipercayai dilarikan oleh pencuri yang masuk ke kawasan masjid,” katanya ketika ditemui dalam sidang akhbar di IPD Segamat hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI