fbpx

Dua blok bangunan SMK Lawas musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Blok bangunan SMK Lawas yang musnah terbakar.

LAWAS – Dua blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lawas musnah dalam kebakaran pada tengah malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian kira-kira pukul 11.36 malam dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas ke lokasi yang terletak dua kilometer dari balai.

“Setiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan dua blok bangunan sekolah iaitu blok pentadbiran dan blok kelas telah terbakar 100 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari jentera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI