fbpx

Ahli lembaga koperasi direman salah guna jawatan seleweng RM3.2 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli lembaga sebuah koperasi di Perak Tengah itu direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna jawatan untuk menyeleweng wang pelaburan berjumlah RM3.2 juta. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

IPOH – Ahli lembaga sebuah koperasi di Perak Tengah direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes salah guna jawatan untuk menyeleweng wang pelaburan berjumlah RM3.2 juta.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan SPRM semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

Majistret Siti Hanum Mohmad Shah membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman suspek sehingga Sabtu depan.

Tempoh reman itu dipohon bagi membolehkan siasatan lanjut dibuat ke atas suspek mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Difahamkan, suspek yang juga pegawai khas projek ditangkap kerana disyaki menyalahgunakan kedudukan sebagai ahli lembaga koperasi dengan mengarahkan wang pelaburan masing-masing berjumlah RM2.5 juta dan RM700,000 dari dua buah syarikat dimasukkan ke dalam akaun syarikat milik isteri dan adiknya, sedangkan projek itu tidak dilaksanakan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI