fbpx

Agong terima menghadap Pengerusi Lembaga Pengarah UPNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Agong berkenan menerima mengadap wakil UPNM di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam satu hantaran memaklumkan, sesi mengadap bersama Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Negara.

“Hadir sama Naib Canselor UPNM, Leftenan Jeneral Datuk Mardzuki Muhammad.

“Seri Paduka Baginda kemudian dipersembahkan mengenai taklimat Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14 UPNM,” kata Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI