fbpx

Agong berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-267

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong menghadiri pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-267 di Istana Negara hari ini.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Ke-267 di Istana Negara hari ini.

Laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memaklumkan, mengiringi bersama Seri Paduka Baginda ialah Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

“MRR Ke-267 berlangsung selama dua hari bermula esok yang akan dipengerusikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,” kata laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI