fbpx

50 pelajar SPM sertai Program Komuniti Ukay Bijak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar yang akan menduduk SPM bergambar bersama guru dan wakil persatuan penduduk di Masjid Ukay Perdana baru-baru ini.

AMPANG – Program Komuniti Ukay Bijak yang melibatkan seramai 50 pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 telah berjaya mencapai objektif untuk menggabungkan usaha kerjasama antara persatuan penduduk, masjid dan juga komuniti setempat.

Program julung kali yang diilhamkan dan dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Villa Teratai Ukay Perdana bertempat di Masjid Ukay Perdana itu juga telah membolehkan pelajar tersebut mendapat kefahaman yang jelas tentang teknik menjawab kertas peperiksaan serta memperoleh suntikan semangat serta motivasi daripada guru.

Pengerusi persatuan penduduk itu, Arzaman Ariffin berkata, program dua hari yang mendekatkan pelajar cara menjawab empat kertas soalan mata pelajaran teras SPM itu terbuka secara percuma kepada semua pelajar tidak mengira daripada kumpulan keluarga T20 sehingga kepada golongan asnaf yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.

“Program ini turut melibatkan aspek insaniah dengan mengalakkan pelajar mendekati  masjid sebagai salah satu pusat pembangunan insaniah sama ada aspek  ‘spiritual’ dan juga akademik. 

“Ia juga dapat menggalakkan mereka bersolat berjemaah di masjid serta mengajar adab serta kelakuan ketika di dalam kawasan masjid,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Program tersebut turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada  Skop Productions Sdn. Bhd., Lembaga Zakat Selangor (LZS), Restoran Paklong Ikan Bakar dan Restoran Nasi Vanggey serta penderma individu. 

Tambah beliau, program susulan berkaitan motivasi kepada pelajar SPM juga akan dianjurkan tidak lama lagi sebelum pelajar menduduki kertas peperiksaan penting pada hujung tahun ini. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI