fbpx

[VIDEO] Lelaki warga asing patah pengelap cermin belakang kereta diberkas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video seorang lelaki melakukan khianat mematahkan pengelap cermin belakang kereta berlaku di Terminal Bas Batu Pahat, Ahad lalu sudah ditahan polis.

BATU PAHAT – Seorang lelaki warga asing yang berperangai pelik dengan mematahkan pengelap cermin belakang beberapa buah kenderaan dan video kejadiannya tular pada Ahad baru-baru ini sudah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Aisisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditahan anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB).

“Siasatan dilakukan mendapati video tular memaparkan seorang lelaki sedang mematahkan pengelap cermin belakang kenderaan yang di parkir itu berlaku berhampiran Terminal Bas Batu Pahat, sekitar pukul 3.30 petang pada hari sama.

“Semasa pemeriksaan dilakukan ke atas suspek selepas ditahan, pihak polis menemui sebilah pisau lipat dalam beg sandang milik suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 kerana membawa senjata berbahaya ke tempat awam.

“Selain itu, suspek turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 kerana berada di Malaysia tanpa dokumen yang sah,” katanya.

Sebelum itu tular video berdurasi 16 saat di TikTok memaparkan perbuatan lelaki terbabit yang mengundang keresahan orang ramai dan meminta pihak berkuasa menahan si pelaku.-KOSMO! ONLINE

@partibantiban Depan Bus station Batu Pahat#viral #fypシ #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ♬ original sound – ℝ𝕦𝕘𝕘𝕖𝕕 𝔹𝕠𝕪 𝕊𝕒𝕟𝕦

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI