fbpx

Selangor muktamadkan dasar cerun mudahkan peruntukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izham (tengah) bersama penerima bantuan 5 Tekad 5 Tahun di Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Dasar pengurusan cerun di Selangor dijangka akan dimuktamadkan pada bulan depan bagi memudahkan peruntukan bagi penyelenggarannya.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim berkata, pihaknya akan membentangkan prosedur operasi standard (SOP) berkaitannya kepada Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) untuk pengurusan cerun termasuk ketika berlakunya runtuhan.

“Kita kena ingat, kebanyakan cerun ini umpama ‘bom jangka’ yang tidak tunjukkan tanda seperti berlaku di Batang Kali yang secara tiba-tiba runtuh disebabkan kegagalan di kaki cerun.

“Selama ini, cerun tidak dianggap satu benda yang serius sehingga kebelakangan ini sejak banjir besar hari itu. Jadi, tiada peruntukkan khas sama ada di peringkat pusat atau negeri. Kena ada dasar dahulu, dan dasar itu tidak lulus lagi,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bantuan 5 Tekad 5 Tahun di sini, hari ini.

Sebelum ini, banjir lebat yang berlaku di sekitar Lembah Klang menyebabkan runtuhan tanah di sekitar kawasan perumahan Jalan E6, Taman Melawati dengan menyebabkan penghuni di 20 buah rumah berhampiran dipindahkan ke lokasi selamat.

Menurut Izham, dasar tersebut juga akan membolehkan penyelenggaran cerun mempunyai rekod lengkap seperti Sistem Maklumat Rekod Jalan Jaya (MARRIS) dalam mengetahui cerun yang berpunya atau semulajadi.

“Kalau cerun di sebelah jalan bolehlah tetapi bukan semuanya di lokasi tersebut. Ada cerun yang dipanggil ‘natural trail’ ini dan tiada peruntukkan untuk setiap tahun bagi pengurusannya.

“Kalau sudah runtuh. tiada guna sebab mahal (penyelenggaran atau baik pulih). Macam di Bukit Permai, Ampang sehingga RM28 juta kalau baiki sahaja kalau runtuh,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan permasalahan juga timbul apabila kejadian berlaku di tanah persendirian dengan isunya sama tuan tanah mempunyai kemampuan untuk melakukan penyelenggaran baik.

“Tetapi kalau kita biarkan tanah itu runtuh dan masuk ke rumah orang lain. Bahaya itu. Ini antara dilema kita hadapi urus cerun dan semua ini kita akan memberikan penekanan isu ini supaya ada ketetapan bagaimana hendak urus cerun berada dalam kawasan persendirian ini,” katanya. -KOSMO!ONLINE

Caption

Izham (tengah) bersama penerima bantuan 5 Tekad 5 Tahun di Shah Alam hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI