fbpx

Luahan Pembaca: Sampai bila nak hadap banjir?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANJIR bukan sahaja merosakkan harta benda, malah boleh mengganggu mental penduduk. – GAMBAR HIASAN

SAUDARA PENGARANG,

Setiap tahun, kejadian banjir pasti berlaku seolah-olah sudah menjadi bencana tahunan.

Pelbagai usaha dilakukan bagi menangani masalah tersebut, namun nampaknya masih belum berjaya diatasi sepenuhnya.

Besar atau kecil, banjir pasti akan berlaku saban tahun. Malah lebih mengecewakan apabila tahun ini beberapa kawasan di Kedah menghadapi banjir yang berulang kali.

Hari ini pulang ke rumah, tetapi esok terpaksa berpindah semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dinaiki air.

Lebih menyedihkan ada penduduk yang berpindah tiga kali dalam tempoh empat hari.

Sudah tentu mangsa banjir berasa penat dan tidak sanggup lagi berdepan situasi itu. Mental dan fizikal mereka terganggu.

Hanya orang yang pernah hadap banjir dapat rasa betapa penatnya mereka melalui bencana ini, bukan mudah untuk mencuci rumah yang penuh dengan lumpur.

Bukan mahu menuding jari menyalahkan mana-mana pihak yang mungkin menjadi punca kejadian banjir, sebaliknya hanya mahu masalah ini segera dapat diatasi.

Mat Lan,
Sik, Kedah

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI