fbpx

Sabah, Labuan alami cuaca buruk pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di dua negeri di timur negara sehingga 11 pagi ini.

MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Sabah di Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat).

“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Wilayah Persekutuan Labuan melibagkan angin kencang dan hujan lebat,” katanya.

Sementara itu, cuaca baik dan cerah meliputi seluruh semenanjung negara pagi ini.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI