fbpx

Real terus himpit Barcelona cabar liga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VINICIUS (kiri) dan Mbappe berjaya meledak gol buat Madrid menewaskan Celta Vigo awal pagi semalam. - AFP

VIGO – Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti mencabar pasukannya untuk terus memberi tekanan ke atas Barcelona dalam saingan La Liga musim ini selepas melakar kemenangan ke atas Celta Vigo dengan keputusan 2-1 awal pagi semalam.

Pada aksi di Stadium Balaidos itu, skuad The Galacticos terpaksa bermandi peluh sebelum meraih tiga mata berharga hasil jaringan Kylian Mbappe dan Vinicius Junior sekali gus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Barcelona ketika ini.

Kata Ancelotti, keputusan yang diraih tidak semudah disangka kerana pasukan tuan rumah telah memberikan tentangan sengit dalam menyukarkan misi pasukan untuk meraih tiga mata penuh.

“Kita boleh lihat cabaran yang diberikan oleh pasukan lawan sangat hebat terutama ketika berjaya menyamakan kedudukan menjadi 1-1. Namun, saya cuba untuk merombak taktikal dengan memasukkan beberapa pemain daripada bangku simpanan.

“Apa yang pasti, saya sangat berpuas hati dengan komitmen semua pemain tidak kira yang beraksi dalam kesebelasan utama atau pemain gantian kerana kita perlu kekal konsisten. Dua gol yang dijaringkan juga begitu berkualiti,” katanya.

Sementara itu, Ancelotti turut memuji impak pemain veteran, Luka Modric yang mencipta sejarah menjadi pemain tertua yang membuat penampilan bersama Real ketika berusia 39 tahun 40 hari sekali gus memadam rekod legenda, Ferenc Puskas.

“Modric telah menunjukkan contoh yang baik di atas padang dan hantarannya masih lagi berbisa apabila mampu membuka ruang buat pasukan menjaringkan gol. Dia sentiasa berikan seratus peratus tidak kira sebagai pemain gantian atau tidak,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI