fbpx

Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur siap tahun 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Steven Sim mengorek tanah menggunakan jentolak sebagai simbolik majlis pecah tanah Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur di Lembah Bidong, Setiu hari ini.

SETIU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) bakal mempunyai pusat rehabilitasi ketiga khusus untuk wilayah timur yang bakal dibina di Lembah Bidong di sini.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, Pusat Rehabilitasi Perkeso Wilayah Timur itu yang mampu merawat sehingga 500 pesakit pada satu-satu masa tersebut akan dibina di tanah
kurniaan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Pusat rehabilitasi ini merupakan ketiga dimiliki Perkeso selepas Melaka dan Perak.

“Ia selaras dengan keperluan semasa yang menunjukkan sekurang-kurangnya 15 kes pemulihan pekerja dikendalikan pusat rehabilitasi Perkeso ketika ini diterima dari zon Pantai Timur,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah pusat rehabilitasi tersebut di Lembah Bidong di sini hari ini.

Steven Sim berkata, pembinaan pusat rehabilitasi yang akan menelan belanja RM571.8 juta tersebut bakal dilengkapi dengan kemudahan 315 katil.

Tambah beliau, pusat rehabilitasi berkenaan bakal menawarkan rawatan terapi inovatif Thalassotherapy menggunakan elemen air laut yang pertama di negara ini.

“Rawatan hippotheraly yang menggunakan kuda sebagai instrumen pemulilhan fizikal, mental dan kgnitif pesakit juga akan ditawarkan.

“Selain itu, pusat rehabilitasi tersebut menyediakan teknik perubatan neuro-robotik dan cybernics bagi pemulihan golongan pekerja yang menghidap penyakit kronik serta kecederaan dan kecacatan akibat kemalangan terbabit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI