fbpx

Polis siasat individu menyamar Ayob Khan di WhatsApp

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSDI ISA

KUALA LUMPUR – Polis mengesan individu yang menggunakan nama Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay untuk menarik perhatian orang ramai menyertai kumpulan WhatsApp, Friendship Group.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab itu dikhuatiri boleh mengelirukan masyarakat dan memburukkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“PDRM ingin menegaskan bahawa Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang kumpulan khas WhatsApp.

“Perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej pasukan PDRM,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan pihaknya akan mengambil tindakan serta menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor berkenaan berdasarkan lunas undang-undang terhadap individu yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain sekiranya terkesan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan atas talian sekali gus sentiasa berwaspada,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI