fbpx

Polis rampas 214 karton arak bernilai RM98,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMARASAN (kiri) menunjukkan arak yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Iskandar Puteri, Johor hari ini.- Foto BAZLAN IBRAHIM

ISKANDAR PUTERI – Sebanyak 214 karton minuman keras dipercayai tanpa cukai bernilai lebih RM98,000 dirampas dalam dua serbuan di Gelang Patah, di sini, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, dua lelaki termasuk seorang warga asing berusia 31 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

Dalam operasi pertama, polis menahan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima di Lebuhraya Tanjung Pelepas, Tanjung Kupang pada pukul 7.50 malam, 16 Oktober lalu.

“Pemeriksaan mendapati MPV dinaiki lelaki tempatan itu membawa minuman keras dipercayai tanpa cukai. Kita merampas 188 karton arak pelbagai jenama dan MPV yang digunakan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini hari ini.

Kumarasan memberitahu, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod jenayah dan dadah. Ujian air kencing menunjukkan suspek bebas pengaruh dadah,” katanya.

Dalam operasi kedua pula, polis merampas 26 karton arak pelbagai jenis dipercayai tiada cukai kastam di sebuah restoran di Tanjung Pelepas kira-kira 9.30 malam, 17 Oktober lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI