fbpx

Penginapan, golf terbaik di Villea Rompin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengurusan AHR bergambar bersama pemenang kejohanan MGG 2024 di Villea Rompin Resort & Golf di Kuala Rompin semalam.

ROMPIN – Kehadiran pemain profesional, Shahiran Syakir telah memeriahkan kejohanan Media Golf Gateway (MGG) 2024 anjuran Villea Rompin Resort & Golf di sini yang disertai sekumpulan 30 pengamal media dan pempengaruh selama tiga hari bermula 18 Oktober lalu.

Villea Rompin Resort & Golf merupakan salah satu rangkaian di bawah Attana Hotels & Resorts (AHR).

Ketua Pegawai Operasinya, Ron Hasni Yusoff berkata, kejohanan itu diadakan bagi meraikan pengamal media sekali gus mempromosikan premis itu sebagai destinasi utama bagi sukan golf dengan pemandangan laut di kawasan Pantai Timur.

Katanya, kawasan yang terletak di Kampung Lanjut, Kuala Rompin itu menawarkan percutian yang tenang berlatar belakangkan keindahan alam semula jadi dan keseronokan bermain golf di padang bertaraf kejohanan.

“Kejohanan itu menyediakan suasana yang kompetitif tetapi menyeronokkan, menonjolkan padang yang dijaga rapi, yang semakin menjadi pilihan destinasi bagi pemain golf rekreasi dan kejohanan.

“Kami berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah kepada sekumpulan profesional media yang berprestij. Matlamat kami adalah untuk menampilkan tawaran disediakan resort ini, yang menggabungkan keindahan, kemudahan dan layanan mesra,” katanya.

Hadir sama, Pengurus Besar Operasi AHR, Mohd. Iqmal Muslim, Pengurus Hotel, Zebby Bahrin.

Sementara itu, Mohd. Iqmal berkata, AHR mempunyai sebanyak enam buah hotel dan dua kelab golf termasuk Perdana Kuala Lumpur City Center, Perdana Kota Bharu, Espira Kinrara Puchong, Villea Morib, Port Dickson, Rompin dan Kota Seriemas, Nilai.

“Pelbagai tawaran menarik disediakan bermula dengan pakej penginapan, majlis sosial dan lain-lain.

Kejohanan itu bermula dengan sesi latihan pada Sabtu lalu sebelum diikuti dengan permainan sebenar semalam.

Orang ramai yang berminat untuk menginap dan bermain golf di sini boleh melayari laman web Villea Rompin Resort & Golf, sila layari www.attanahotels.com.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI