fbpx

Pembantu peniaga pasar malam dituduh ‘sentuh’ remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Rahmat dihadapkan ke Mahkamah Sesyen bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang dikenali tiga bulan lalu

JOHOR BAHRU – Pembantu peniaga pasar malam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja perempuan yang dikenali sejak tiga bulan lalu.

Tertuduh, Muhammad Rahmat Abdullah, 20, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu terhadap terhadap mangsa berusia 15 tahun di Benut, Pontian pada pukul 2 pagi, 29 Jun lalu.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh diwakili peguam Nurhazneena Zureen Jaesleen Mohamad Hanafiah.

Pihak pendakwaan mencadangkan jaminan RM15,000 berserta syarat tambahan iaitu tidak mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Peguam Nurhazneena Zureen Jaesleen memohon satu jumlah yang rendah kerana anak guamnya tidak mempunyai pendapatan tetap dengan bayaran upah antara RM200 dan RM300.

“OKT (orang kena tuduh) yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik menyara ibunya berusia 72 tahun. Ibunya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi yang memerlukan ubat secara berkala,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 berserta syarat tambahan yang dicadangkan pihak pendakwaan. Sebutan semula kes ditetapkan pada 24 November ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI