fbpx

Liga Super: Terengganu FC kena cepat perbaiki kelemahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Badrul Afzan (kiri) menyeru barisan pemain bangkit selepas tewas kepada KDA FC, Sabtu lepas. - Foto ihsan TFC

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali mengharapkan agar semua pihak terus memberikannya masa untuk kembali membentuk pasukan, setelah Sang Penyu sekali lagi kempunan untuk mengutip mata penuh apabila tewas 0-1 di Stadium Darul Aman, kelmarin.

Menurut Badrul, ketika ini banyak ‘kerja rumah’ yang perlu dilakukan sementelah dirinya sendiri baru saja mengambil alih tugas untuk mengetuai barisan kejurulatihan dari Tomislav Steinbruckner untuk dua perlawanan.

Katanya, masalah terbesar pasukan itu ketika ini adalah kegagalan untuk menterjemahkan jaringan biar pun rentetan peluang berjaya dicipta sepanjang perlawanan.

“Secara keseluruhannya para pemain telah memberikan yang terbaik dalam perlawanan ini tetapi kita masih lagi leka dalam situasi bola mati. Kelekaan kita pada masa tambahan separuh masa pertama jugalah yang membawa kepada jaringan kemenangan KDA FC dalam pertembungan kali ini.

“Kami mengawal permainan sama ada pada separuh masa pertama mahu pun separuh masa kedua tetapi akhirnya tewas. Memang saya kecewa tetapi saya harap dapat terus diberikan sokongan dan peluang untuk kembali membentuk pasukan ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI