LONDON – Seorang lelaki mengaku berjaya merakam komet C/2023 A3 Tsuchinshan-ATLAS, yang melintasi Bumi sekali setiap 80,000 tahun, lapor laman berita Liverpool Echo semalam.
Objek angkasa itu pertama kali ditemui pada 2023 ketika menuju jauh ke dalam sistem suria di laluan yang tidak pernah direkodkan oleh manusia sebelum ini.
Komet itu dikesan oleh ahli astronomi Balai Cerap Tsuchinshan, China dan teleskop ATLAS yang ditempatkan di Afrika Selatan.
Ia dinamakan Tsuchinshan-ATLAS sebagai penghormatan kepada kedua-dua balai cerap yang terlibat dalam penemuannya.
Komet itu menyempurnakan perjalanan terdekatnya mengelilingi Matahari bulan lalu tetapi saintis bimbang ia mungkin hancur apabila berdepan kepanasan Matahari kerana binaannya yang tidak menentu dan berais.
Ia bagaimanapun bertahan secara relatif tanpa mengalami kemusnahan.
Seorang individu bernama Raj Sharma mendakwa bahawa dia merakam imej komet itu di Halewood, England pada 17 Oktober lalu sekitar pukul 7.30 malam (waktu tempatan). – AGENSI