fbpx

Lelaki dihanyut air pasang ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat mangsa dibawa ke jeti di Kampung Terusan Jaya, Sematan selepas dijumpai oleh penduduk kampung pada pukul 1.49 pagi pada jarak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

KUCHING – Lelaki yang hilang dihanyut arus air pasang di sungai Kampung Terusan Jaya, Sematan ditemukan mati lemas, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat Mohamad Nazratul Kamil, 26, dijumpai penduduk kampung pada pukul 1.49 pagi pada jarak kira-kira satu kilometer dari tempat kejadian.

“Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat mangsa, pasukan bomba bergegas ke lokasi dan sampai pada pukul 2.50 pagi. Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti menggunakan bot bomba,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang kira-kira pukul 3.15 petang semalam selepas dihanyut arus air pasang ketika berenang menyeberangi sungai di Kampung Terusan Jaya.

Menurut dua orang saksi, ketika kejadian mangsa yang berbaju warna oren dan berseluar jeans pendek sedang membawa hasil sungai iaitu siput. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI