fbpx

Kenduri kahwin diganti doa selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salmi menunjukkan persiapan perkahwinannya yang rosak di Kampung Parit 16 Tanjung Medan, Sungai Panjang, Sabak Bernam, hari ini.

SABAK BERNAM – Tiada majlis kenduri kahwin, sebaliknya hanya doa selamat dianjurkan bakal pengantin selepas segala persiapan musnah dalam kejadian air pasang besar Jumaat lalu.

Salmi Md. Nor berkata, majlis pernikahan itu tidak diadakan di kediamannya di Kampung Parit 16, Tanjung Medan, Sungai Panjang pada Sabtu ini kerana kediamannya masih dipenuhi lumpur dan becak.

“Kejadian air pasang ini menyebabkan banyak barangan dan persiapan kahwin saya rosak termasuk perabot. Majlis pernikahan saya diteruskan namun tiada kenduri di rumah akibat banjir sebaliknya hanya doa selamat,” katanya sebak ketika ditemui hari ini.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan persiapan perkahwinan dan tujuh hantaran Salmi kepada pihak lelaki rosak akibat ditenggelami air setinggi 0.4 meter.

Penduduk kampung itu merupakan antara 60 mangsa banjir di Sungai Panjang yang dipindahkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai Jaya dan Dewan Kampung Hala Cara Baru.

Majlis Salmi dijadualkan berlangsung di sebuah inap desa secara sederhana berikutan mengalami banyak kerugian akibat bencana tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI