fbpx

[VIDEO] Kecoh di media sosial Ipoh bergegar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kecoh di laman X hari ini apabila beberapa pengguna media sosial yang berada di Ipoh, Perak dan sekitarnya berkongsi kisah kawasan mereka dilanda gempa bumi selepas letupan.

Rata-rata pengguna mendakwa mereka merasai gegaran itu ketika berada di rumah seperti perkongsian oleh seorang pengguna dikenali sebagai Sarah.

“Awak dekat mana? Tadi kami di Ipoh pun terasa bergegar ingat ada benda jatuh di bumbung rumah tapi rupanya satu Ipoh terasa gegarannya,” katanya.

Turut berkongsi kisah sama adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai Ainun Fadila.

“Saya di kawasan Bandar Baru Medan Ipoh, Ipoh Garden, bergegar sekejap je tapi rasa macam bangunan nak runtuh,” ujarnya membalas komen Sarah tadi.

Seorang lagi pengguna dikenali sebagai Asyraf Nor juga menyatakan dia merasai gegaran yang sama.

“Jadi, bukan aku seorang la dengar bunyi gegaran tu? Sekitar ipoh rupanya dengar bunyi,” tulisnya.

Bagaimanapun, punca gempa bumi ini masih belum dapat dikenal pasti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI