fbpx

Kane temui prestasi pada waktu tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE (tengah) mengambil masa 23 minit untuk meledak hatrik keenamnya bersama Bayern ketika menewaskan Stuttgart. - AFP

MUNICH – Pengarah Sukan Bayern Munich, Max Eberl menyifatkan Harry Kane sebagai ‘pembunuh’ selepas meledak hatrik dalam tempoh 23 minit ketika menewaskan VfB Stuttgart dalam aksi Bundesliga awal pagi semalam.

Pada aksi di Allianz Arena itu, Kane menyumbat tiga gol bermula minit ke-57, 61 dan 81 selain satu lagi jaringan daripada Kingsley Coman seminit sebelum perlawanan tamat.

Ia sekali gus meletakkan kembali Bayern ke landasan kemenangan selepas gagal melakukannya dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Secara keseluruhan, Kane telah meledak enam hatrik buat Bayern sejak berhijrah ke Jerman daripada Tottenham Hotspur musim lalu.

“Sangat menggembirakan apabila dia mendapat gol pertama kerana anda tahu dia akan menambah jaringannya lagi selepas itu. Ia membuktikan karakternya sebagai ‘pembunuh’ di atas padang,” kata Eberl.

Sementara itu, Kane menegaskan bahawa dia tidak pernah meragui kemampuannya untuk meledak jaringan biarpun gagal melakukannya dalam empat perlawanan terakhir termasuk ketika mewakili England baru-baru ini.

“Orang sentiasa bercakap apabila anda gagal menjaringkan gol kerana anda seorang penyerang. Ia tidak melemahkan saya kerana saya percaya dengan kemampuan diri dan juga rakan sepasukan,” jelasnya.

Pengendali Bayern, Vincent Kompany turut gembira dengan kecemerlangan Kane yang disifatkan hadir pada waktu tepat kerana mereka bakal berdepan Barcelona untuk aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN