fbpx

JPA yakin seluruh penjawat awam pilih opsyen SSPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad melihat kakitangan penjawat awam menandatangani borang Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya hari ini.-Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) percaya dan yakin keseluruhan 1.4 juta penjawat awam akan menandatangani opsyen Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bermula hari ini hingga 30 November depan.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, pihaknya menjangkakan ramai penjawat awam yang akan menandatangani opsyen SSPA ini.

Beliau berkata, ketika sesi lihat urus sebelum ini, kebanyakan penjawat awam dilihat teruja untuk memilih opsyen itu.

“Kalau yang tak nak itu (tidak mahu memilih SSPA) sebenarnya pilihan masing-masing. Boleh nak dan boleh tak nak. Cuma mereka yang tidak berpindah daripada Skim Saraan Malaysia (SSM) ke SSPA, maka tidak akan ada pelarasan gaji.

“Tempoh 40 hari itu adalah untuk memberi ruang kepada penjawat awam untuk meneliti sepenuhnya sebelum mereka memilih untuk berpindah kepada SSPA,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan majlis menandatangani opsyen SSPA di sini, hari ini.

Seramai 75 kakitangan dan pegawai pelbagai jawatan JPA menandatangani opsyen SSPA pada majlis berkenaan.

Katanya, beliau percaya setiap jabatan dan kementerian telah mengadakan sesi lihat urus dengan warga masing-masing mengenai SSPA berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI