JAKARTA – Seorang isteri nekad membuat laporan polis bahawa suaminya curang dengan wanita lain, lapor portal berita detikSulsel kelmarin.
Isteri berusia 37 tahun itu menunjukkan perbualan dan panggilan video dalam aplikasi pemesejan WhatsApp sebagai bukti kecurangan suaminya.
“Ini bukti kecurangan suami saya yakni perbualan dan panggilan video WhatsApp,” kata wanita yang hanya mahu dikenali sebagai NP itu kepada portal berita detikcom.
NP berkata, dia membuat laporan suaminya disyaki menjalin hubungan sulit itu di Balai Polis Kota Tengah, wilayah Gorontalo, Sulawesi pada Jumaat lalu.
Menurutnya, dia mencurigai suaminya menjalin hubungan sulit ketika dirinya hamil anak kedua.
Wanita itu mendakwa bahawa suaminya sudah menjalin hubungan sulit sejak Mac lalu. – AGENSI