fbpx

Ingatkan Hun Haqeem, sekali keluar Joey Daud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naqiu akhirnya dapat menghela nafas lega selepas inisiatif menyembunyikan identiti pasangan duonya Joey Daud selama beberapa minggu berjaya. – SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – “Maafkan saya kepada orang ramai yang meneka pasangan duo saya ialah Hun Haqeem.”

Demikian respons penyanyi Naqiu mengenai ramai meramalkan pasangan duonya untuk program Famili Duo musim keempat ialah pelakon pelakon, Hun Haqeem.

Menurut pemilik nama penuh Wan Naqiuddin Mohd Najib, 37, itu, dia memohon maaf sekiranya tidak mencapai jangkaan ramai namun tetap gembira kerana helah untuk menyembunyikan identiti pasangan duo sebenarnya ialah Joey Daud berjaya.

“Ini bukan salah saya tetapi semuanya rancangan pihak produksi yang mengelirukan netizen.

“Saya tahu mengenai ramai meneka Hun Haqeem sebab ‘team’ saya ada maklumkan.

“Maksudnya, misi kami untuk menyembunyikan Joey berjaya walaupun ada yang sudah teka dengan betul, tapi masih ramai tidak tahu,” katanya kepada Kosmo! Online pada sidang media selepas konsert minggu pertama Famili Duo musim keempat di sini, semalam.

Dalam pada itu, Naqiu mengakui mentalnya ‘menderita’ kerana perlu menyimpan rahsia mengenai identiti Joey daripada pengetahuan umum selama hampir dua minggu.

“Dua minggu juga sengsara simpan rahsia, bila buka topeng tadi (malam tadi) terus saya rasa lega.

“Pihak produksi pula sudah beri amaran jangan terlepas cakap.

“Saya pujuk Joey empat kali. Selepas pujukan demi pujukan, akhirnya dia tunjuk minat tentang pertandingan pada pertemuan kali keempat. Tak senang nak dapatkan dia!” ujarnya.

Berkongsi keistimewaan Joey, vokalis kumpulan Boboy itu berkata, dia mahu orang ramai khususnya generasi muda menghargai bakat nyanyian sepupunya itu.

“Apabila generasi muda sekarang gelar Joey sebagai pelawak, saya sangat terluka sebab dia sebenarnya adalah seorang penyanyi yang sangat bagus suatu ketika dahulu.

“Saya mahu orang sedar bahawa sebelum dia menjadi pelawak, Joey adalah seorang penyanyi dan adalah anak didik sifu M.Nasir.

“Itu yang saya mahu ketengahkan, semoga gandingan kami ini akan mencipta magis dan keserasian  sepanjang program Famili Duo ini berlangsung,” jelasnya.

Terdahulu, identiti Joey sebagai pasangan duo Naqiu dirahsiakan oleh pihak produksi dan didedahkan pada konsert minggu pertama Famili Duo semalam.

Selain Joey dan Naqiu, Famili Duo musim keempat turut disertai Tomok dan Sharul Kamal, Ayie Elham dan Salman Asis, Shiha Zikir dan Ieda Zikir, Zahid dan Anne serta Didi Astillah dan Thamiera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI