fbpx

Giring dilantik Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas ahli kumpulan Nidji iaiitu Giring dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan Indonesia.

BEKAS vokalis kumpulan Nidji, Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih pimpinan Presiden Prabowo Subianto.

Senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih diumumkan Prabowo di Istana Merdeka di Jakarta, hari ini.

Giring atau nama sebenarnya Giring Ganesha Djumaryo, 41, akan berkhidmat bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.

Nidji mencipta nama bermula sekitar awal tahun 2000 dengan rangkaian lagu popular sehingga ke hari ini termasuk Laskar Pelangi dan Hapus Aku.

Selepas 15 tahun bersama rakan seperjuangan iaitu Rama, Ariel, Andro dan Adri, penyanyi kelahiran Jakarta itu memilih ‘keluar’ demi kelangsungan kerjaya politiknya.

Terdahulu, bapa kepada tiga anak itu menyertai Partai Solidaritas Indonesia (PSI) dan menjadi Pelaksana Tugas Ketua Umum Partai Solidaritas Indonesia (PSI) pada 2020.

Pelantun lagu Sang Mantan itu sempat bertugas sebagai Ketua Umum PSI dari tahun 2019 hingga 2023.

Terdahulu, Prabowo Subianto, 73, mengangkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal 2024-2029 di Parlimen Indonesia.

Beliau memegang jawatan sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia berdasarkan populasi, susulan kemenangan Pilihan Raya Presiden 2024 pada 14 Februari dengan memperoleh 59 peratus undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI