fbpx

Gegaran misteri di Ipoh bukan kali pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gegaran yang dirasai rata-rata penduduk di bandar raya Ipoh pagi tadi bukan kali pertama berlaku dengan kejadian serupa pernah dilaporkan pada 2018.

Insiden gegaran pagi tadi mengingatkan kembali kejadian serupa pada 4 Oktober 2018 apabila penduduk Ipoh dikejutkan dengan bunyi letupan.

Menurut sebuah hantaran laman Facebook, Omèn Necrofis sehingga kini punca letupan yang berlaku pada 2018 masih belum diketahui.

Dia turut menyatakan bahawa bunyi dan gegaran ketika itu tidak berkait dengan beberapa siri gempa di Labuha, Indonesia (Sulawesi).

“Dari sudut geologi, kejadian gegaran dan bunyi ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor termasuk runtuhan dinding gua bawah tanah, pengangkatan batolit Kledang, runtuhan tebing batu kapur atau pergerakan sesar batu granit melawan batu kapur.

“Pergerakan sesar dalam batu kapur itu sendiri juga boleh menjadi punca.

“Walaupun magnitud gegaran kecil dan cetek, ia masih cukup untuk menjana gegaran yang dirasai oleh penduduk di kawasan tersebut,” katanya.

Dia menegaskan ini hanyalah andaian yang dibuat dirinya bukannya punca sebenar gegaran gegaran hari ini.

“Ini andaian daripada saya sahaja. Mungkin sudah tiba masanya Ipoh memerlukan alat pengukuran seismik (seismograf) untuk mengukur dan menentukan punca sebarang gegaran, jika ia berkait dengan faktor geologi,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI